Watch “Surah Yaasin” on YouTube

Advertisements

Ubi kayu.

Menikmati ubi kayu rebus yang sedang panas bersama secangkir kopi kampung memang sedap terutama di musim hujan.

Di tambah pula ubi kayu itu di cicah dengan gula kabung atau gula molasses bersama kelapa muda di gaul garam halus. Fuh!! memang sedap tidak terkata.

Inilah menu turun temurun nenek moyang kaum melayu sebelum merdeka di mana ketika itu beras agak sukar diperolehi dan dihasilkan walau melalui penanaman padi.

Jangan pandang rendah ubi kayu, pokok yang senang ditanam dan dituai benihnya ini. Harga terbaru di pasaran dan di JUAL di KUALA LUMPUR hampir mencecah RM10 sekilogram dan harga di KUANTAN ialah dalam anggaran RM4 sekilogram.

Terdapat banyak KHASIAT DAN KEBAIKAN UBI KAYU . Antaranya seperti dikumpulkan oleh saya dalam maklumat di bawah:-

1. Ubi kayu kaya dengan kandungan VITAMIN B2, B kompleks, asid panthotenic, folat, B6, Besi, besi, mangan, karbohidrat, kalsium, serat pemakanan dan pelbagai zat mineral dan galian lain.

2. Membantu menyihatkan badan.

3. Meningkatkan pengedaran sel darah merah.

4. Amat bagus untuk wanita hamil kerana membantu mengelakkan kecacatan bayi.

5. Membantu sistem penghadaman yang lebih baik.

6. Membantu mengurangkan kolesterol.

7. Sebagai makanan pencegah penyakit kencing manis.

8. Menguatkan tulang dan jantung.

9. Membantu mengekalkan keseimbangan bendalir dalam badan.

10. Tidak mengandungi gluten dan amat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah toleransi dengan gluten terutama bagi mereka yang menghadapi masalah penyakit autoimun.

11. Ubi kayu juga kaya dengan protein dan adalah menu pilihan terbaik bagi mereka yang mengamalkan diet sayur-sayuran.

12. Karbohidrat didalam ubi kayu membantu menambah tenaga dan menggantikan nasi dalam menu seharian.

13. Bagi anda yang ingin membina otot badan , ubi kayu adalah antara menu terbaik untuk dimasukkan dalam diet harian anda.

Oleh kerana ubi kayu adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang mudah dimasuki ‘angin’ atau rosak serta mudah bertoksik. Pastikan anda membeli dan menikmati ubi kayu segar yang baru dicabut dari tanah.

Cara untuk anda mengetahui bahawa ubi kayu itu masih baru, isinya benar-benar berwarna putih bersih. Walau bagaimana pun jika seorang petani itu pakar dalam mencabut ubi kayu, ubi kayu bersama akar tanpa sebarang pecahan ubi kayu akan mengekalkan kesegaran ubi kayu itu lebih lama (pilih ubi kayu yang lansung tidak di potong dan masih ada sedikit akar, serta tertutup rapi tanpa terlihat sedikit pun isi ubi kayu).

Ketika ini ubi kayu atau tapioca semakin popular di negara barat kerana ia adalah makanan tanpa gluten yang amat bagus untuk kesihatan.

Malah ubi kayu atau lebih dikenali sebagai singkong ini amat popular sebagai makanan anti kanser.

Terima kasih kepada google atas segala maklumat di atas.

Terima kasih.

Pesanan..

PESANAN UNTUK UMMAT AKHIR ZAMAN. *Kalau ada orang muslim menyokong org kafir kerana kononnya org kafir boleh membangun. maka sampaikanlah pada dia bahwa firaun boleh membangun mesir menjadi negara maju, penduduknya hidup makmur tetapi fir’aun mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia.*

*kalau ada orang Muslim menyokong org kafir kerana kononnya org kafir boleh membuat negara kita menjadi moden. maka sampaikanlah pada dia bahwa namrud boleh membangun Messopotamia menjadi negara yang moden, bangunan menjulang ke atas dengan teknologi canggih ketika itu. Hanya namrud mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia.*

*Kalau ada orang Muslim menyokong org kafir kerana kononnya org kafir boleh menjadikan hidup makmur, maka sampaikanlah pada dia bahwa Bangsa saba’ boleh membangun negerinya menjadi negara yang makmur, bebas rasuah Dan kaum saba’ mendustakan Agama Allah, maka Allah hancurkan mereka..*

*percaya lah orang yang selalu bersama Allah tidak akan pernah kehilangan apapun, tetapi orang yang kehilangan Allah maka ia akan kehilangan segala nya.*

*Saya tidak benci dengan orang non muslim atau membiarkan muslim yg korup, tetapi Allah dengan firmannya melarang saya untuk memilihnya sebagai pemimpin dan teman setia dan mengetepikan ukhuwwah sesama muslim apalagi jika mereka berani mencampuri urusan agama kami.*

*Saya tidak ingin berdebat dengan Anda yang mendukung mereka, apalagi jika Anda yang orang islam.*

*Bagaimana saya boleh meyakinkan Anda, sedangkan Firman Allah pun Anda abaikan.*

_*Tanyalah orang-orang soleh.*_
_*Mengapa mereka tidak mahu berhibur?*_
_*Nescaya mereka akan menjawab.*_
_*Bagaimana kami mahu berhibur sedangkan,*_
_*Mati itu di belakang kami.*_
_*Kubur itu di hadapan kami.*_
_*Kiamat itu janjian kami.*_
_*Neraka itu memburu kami.*_
_*Dan perhentian kami ialah Allah.*_

_*afala ta’kilun…? tidakkah kamu berfikir…?*_

*WASIAT IMAM ASY SYAFI’I*

Imam asy Syafi’i rahimahullah, pernah berwasiat:

“Nanti diakhir zaman akan banyak Ulama’ yang membingungkan umat, sehingga umat bingung untuk membedakan dan memilih yg mana Ulama’ Warosatul Anbiya’ (penerus nabi) dan yg mana ulama’ suu’ (jahat) yang menyesatkan umat.”

Maka Imam Syafi’i rahimahullah pun melanjutkan:

“Carilah Ulama’ yang paling dibenci oleh orang-orang kafir dan orang munafiq, dan jadikanlah ia sebagai Ulama’ yang membimbingmu, dan jauhilah ulama’ yang dekat dengan orang kafir dan munafiq kerana ia akan menyesatkanmu, menjauhimu dari keredhaan Allah.”